02 March 2012

Kejohanan Olahraga SMK Selirik 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera. SMK selirik baru sahaja selesai kejohanan olahraga antara rumah. tahniah kepada rumah Kenari kerana menjuarai kejohanan tahun ni diikuti rumah Rajawali. Syabas dan tahniah biat semua guru dan pelajar yang memberi komitmen.

Sekarang saya pasti semua warga SMK selirik sedang bertungkus lumus pula dalam menghadapi ujian bulan Mac yang akan bermula beberapa hari je lagi. Semoga kalian dipermudah.

25 February 2012

Kejohanan Sepak Takraw MSSB Kapit 2012


Kejohanan sepak takraw majlis sukan sekolah bahagian kapit 2012 yg berlangsung di SMK Selirik pada 09-11 Feb 2012 disertai oleh 7 buah sekolah menengah bahagian Kapit.

Result: Lelaki berpasukan (18 tahun) Johan-smk selirik Naib johan- SMK song Ketiga- Smk belaga.

Lelaki berpasukan (15 tahun) Johan-smk kapit Naib johan- smk song Ketiga- smk kapit no2.

Lelaki regu (18 tahun) Johan- smk selirik Naib johan- smk song Ketiga- smk belaga.

Lelaki regu (15 tahun) Johan- smk kapit Naib johan- smk selirik Ketiga- smk katibas

Program Jiwa Murni 2012


Sg Yong, Kapit Sarawak Program Jiwa Murni (Community service) yang di anjurkan oleh persatuan MAPATES SMK Selirik di Rh Manok Manchal merupakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar, guru dan staf SMK Selirik serta kerjasama dari Alumni UiTM Dayak Graduate Association (UDGA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan potensi diri dan memperbaiki tahap disiplin diri serta merangsang minda pelajar dalam membina matlamat dan mencari jalan menuju kejayaan.selain itu juga progran yang di anjurkan ini juga mendedahkan para pelajar dengan cabaran-cabaran kehidupan pada masa sekarang serta secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar-guru-ibubapa dan mencapai sasaran disiplin sifar. Antara aktiviti program yang di lakukan adalah seperti aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan Rh Manok Manchal. Selain itu aktiviti menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan Rh Manok Manchal juga dilakukan.Ini bertujuan menerapkan rasa kecintaan para pelajar dan masyarakat akan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan disamping mengindahkan lagi kawasan tersebut.

Peserta program juga terlibat dalam menyediakan juadah makanan tengahari yang melibatkan juadah tradisional masyarakat Iban seperti "pansoh" dan ulam-ulaman. Menurut Cikgu Ahmad Adham Berhaumidin, menu masakan tradisional Iban ini memberi pengalaman baru kepada rakan guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia kerana ianya hanya terdapat di Sarawak. Sungguh tidak disangka bahawa masakan rinkas ayam dan ikan di dalam buluh bercampur ulam-ulaman tempatan meberikan rasa yang sungguh enak pada tengahari tersebut.

Sebelah petang, para pelajar tingkatan 6 SMK Selirik bersama kanak-kanak Rh Manok Manchal terlibat dalam sukaneka sebelum acara BBQ di Sungai Yong.

17 June 2011

Guru SMK Slirik 2011


Gambar sekitar hari guru 2011 di SMK Selirik, Kapit, Sarawak.

Selami kehidupan kaum Iban

Oleh ASHRAF ABD. MANAF
utusansarawak@utusan.com.my
KEHADIRAN rombongan guru dari Semenanjung disambut meriah oleh murid-murid sekolah di Rumah Panjang Belikau, Pulau Raya, Kapit, Sarawak, baru-baru ini. - Gambar IHSAN/AHMAD ADHAM.

KAPIT 16 Jun - Masyarakat keturunan Iban di negeri ini sememangnya terkenal sebagai antara etnik yang ramah serta sangat menghargai para tetamunya.

Tidak terkecuali menerima layanan mesra mereka ialah seramai 30 guru dari Semenanjung yang bertugas di bahagian ini sewaktu mereka mengadakan kunjungan mesra ke Rumah Panjang Belikau, Pulau Raya di Nanga Encheremin di sini baru-baru ini.

Kunjungan itu adalah bersempena Program Titian Kasih yang dianjurkan oleh Kelab Street Futboler Airport (SFA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit.

Pengerusi Kelab SFA, Hafis Mohamad Dom berkata, program itu dianjurkan bagi merapatkan hubungan warga pendidik dengan penduduk setempat khususnya masyarakat Iban yang tinggal di rumah panjang.

Katanya, ia merupakan satu pendedahan kerana bukan semua orang berpeluang mengunjungi rumah panjang dan melihat kehidupan masyarakat Iban yang terkenal dengan gaya hidup unik, mudah mesra serta berkebolehan menghasilkan pelbagai barangan kraf tangan.

"Sebelum ini kami pernah mengadakan program yang sama di beberapa buah rumah panjang lain, apabila mendapat reaksi positif daripada penduduk serta guru-guru dari Semenanjung yang berminat untuk menyertai aktiviti dianjurkan, kami mengambil keputusan memilih Rumah Panjang Belikau sebagai destinasi.

"Rumah ini dipilih kerana terdapat beberapa pelajar SMK Kapit yang berasal dari sini selain hubungan baik di antara warga sekolah dengan penduduk Rumah Panjang Belikau," katanya yang sudah lebih dua tahun berkhidmat di SMK Kapit.

Selain mendekati masyarakat rumah panjang, melalui Program Titian Kasih, mereka turut menyampaikan sumbangan berupa buku rujukan, buku latihan ulang kaji serta buku nota untuk para pelajar di Rumah Panjang Belikau.

Kata Hafis, sumbangan buku itu adalah simbolik bahawa pelajaran sangat penting kepada setiap anggota masyarakat dan anak-anak di rumah panjang yang merupakan aset paling berharga bagi sesebuah keluarga.

Sementara itu, tuan rumah, Belikau Jana menyifatkan kehadiran rombongan yang terdiri daripada warga pendidik SMK Kapit, SMK Selirik, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Amang dan SK Sungai Kapit yang berasal dari Semenanjung sebagai detik paling bersejarah di rumah tersebut.

Katanya, sepanjang menjadi tuan rumah sejak 1996, ini merupakan kali pertama aktiviti seumpama itu diadakan.

"Kami gembira menerima tetamu yang terdiri daripada tenaga pendidik, bukan setakat dapat beramah mesra, malah kami dapat bertanya sendiri kepada guru-guru mengenai perkembangan anak-anak kami di sekolah.

"Maklumlah untuk ke sekolah bukannya dekat kerana kami perlu menaiki perahu panjang hampir satu jam untuk ke pekan Kapit," katanya.

Dalam program itu juga, peserta yang terlibat turut berpeluang merasai sendiri pengalaman memasak pansoh ikan dan ayam yang merupakan teknik masakan masyarakat Iban yang menggunakan buluh.

Katanya, aroma daripada buluh itu memberikan rasa yang tersendiri kepada ikan atau ayam yang dimasak.

"Kalau masyarakat Iban, bahan yang kami gunakan untuk memasak pansoh ayam atau ikan hanyalah bunga kencala atau bunga kantan, garam dan gula.

"Tetapi kini seiring dengan kemodenan, ada juga mereka yang menggunakan pelbagai bahan sampingan lain antaranya kicap, sos tiram, serbuk perasa, halia, bawang putih dan bawang merah," katanya.

(Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Malaysia, 17 Jun 2011)

09 June 2011

majlis persaraan cikgu edward






salam kepada semua warga smk selirik...nampaknye blog ni telah bersawang..kena sapu2 sikit..lama sangat dah tak berisi..jadi ada masa terluang ni saya nak masukkan beberapa gambar yang mana telah diambil pada 10 mac 2011..
satu majlis telah diadakan bagi meraikan hari persaraan rakan guru yang telah lama berkhidmat di SMK Selirik iaitu cikgu edward..jasa mu dikenang..


14 November 2009

Kelinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis

Peserta bergambar kenang-kenangan bersama dengan jurulatih Mr Oliver dari Philipine


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 13-15 November 2009 SMK Selirik telah menghantar 4 orang guru dan 8 pelajar untuk menyertai Klinik Asas Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan Tenis Remaja peringkat Bahagian Kapit anjuran Persatuan Lawn Tenis Sarawak, Pejabat Pelajaran Gabungan Kapit, Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Kapit, Pejabat BElia dan Sukan Bahagian Kapit, dan Persatuan Lawn Tenis Bahagian Kapit.



Program ini dibahagikan kepada 2 iaitu klinik kejurulatihan asas untuk guru dan kelinik asas tenis untuk pelajar. Guru SMK Selirik yang terlibat ialah E. Ahmad Adham Berhaumidin, En Hu Kwong Lik, En Megat Safuan Bin Megat Yahya, dan En. John Lee Yong Kwang.




Antara pelajar SMK Selirik yang mengambil bahagian ialah Lyana anak Emak, Marylyn Umbah anak Jalin, Nicholas Bayang Anak Binit, Mony anak Joseph, Jackwues Jeffery, Catherine anak Pangkas, Nurul Nadia bt Azmi, dan Angela Nora anak Enjop.






Program ini dikendalikan khas oleh jurulatih profesional dari Kuching. Program seperti ini adalah sebagai pendedahan kepada semua pihak di Kapit terutamanya guru dan pelajar agar menjadikan sukan tenis sebagai sukan yang popular di Kapit.


06 November 2009

Wah . . ramainye guru2 baru kite ni. Semoga berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini. Walaupun kampung jauh nun disana tapi agak2 penulisan dalam blog ni akan membuatkan orang jauh akan dekat dihati.
Biarlah hari ini lebih baik dari hari semalam dan . .
hari esok lebih baik dari hari ini . .
Unit Kaunseling mengucapkan selamat berbakti di bumi kenyalang dan di SMK Selirik. All the best.
Dari : Cikgu Sebandi Le (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

SELAMAT DATANG GURU BARU KE SMK SELIRIK

ISMAIL IBRAHIM
ASAL: KELANTAN
KELULUSAN: IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SAINS SUKAN (UTM)




AHMAD AKMAL AHMAD PAUZI
ASAL: BESERI, PERLIS
KELULUSAN: B.ED (HONS) BAHASA MELAYU (UPSI)





NOR ILIANI BT MOHAMAD SOBRI
ASAL: BESUT, TERENGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)





NURLIZA BT AZMI
ASAL: KOTA BHARU, KELANTAN
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)




AZILA BT GHANI
ASAL: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) CHEMISTRY (UPSI)




YUS AIDA BT JUSOH
ASAL: KUALA TERENGGANU, TERENGGANU KITE
KELULUSAN: B.ED (HONS) PHYSIC (UPSI)






MEGAT SAFUAN BIN MEGAT YAHYA
ASAL: ALOR SETAR, KEDAH
KELULUSAN: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) SEJARAH





MOHD HAIRUN BIN MORAD
ASAL: ARAU, PERLIS
KELULUSAN: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) SENI






FADILLAH BIN SIDI
ASAL: SERIAN, SARAWAK
KELULUSAN: SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PEND. (KH)




JOANNA JELAWAI A/K ENTALANG
ASAL: KUCHING, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) TESL







JOHN LEE YONG KWANG
ASAL: KUCHING, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) MATHEMATICS





LEH SIONG LU
ASAL: KANOWIT, SARAWAK
KELULUSAN: B.ED (HONS) CHEMISTRY (UPSI)

27 October 2009

Kenali Kapit, Sarawak: Jalan Raya legakan penduduk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Dalam budget 2010 yang dibentang oleh Perdana Menteri Malaysia ada menyebut menganai pembinaan jalan raya di Kapit. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penduduk bahagian Kapit.

Ketika membentang bajet itu, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.3 bilion bagi membina dan menaik taraf kemudahan infrastruktur luar bandar.

Bagi jalan luar bandar kerajaan mensasarkan pembinaan jalan perhubungan sepanjang 510 kilometer dan jalan kampung sepanjang 316 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM857 juta.

Rancangan itu termasuk kemudahan jalan perhubung di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak dan sabahagian daripadanya di Sabah.

Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer.

Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang.

"Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

"Bahagian Kapit merangkumi tiga daerah pentadbiran iaitu Kapit (15,596 km persegi), Song (3,935 km persegi) dan Belaga (19,403 km persegi); dan dua daerah kecil iaitu Nanga Merit (1,745 km persegi di daerah Kapit) dan Sungai Asap (2,750 km persegi di daerah Belaga)," katanya.

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).

Ada 564 buah rumah panjang di Bahagian Kapit. Kebanyakan rumah panjang tersebut terletak di sepanjang sungai-sungai utama. Ini lah kawasan dimana kawe beerkhidmat, menabur bakti pada anak bangsa Malaysia...
(sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Berita Harian, 27 Oktober 2009)

Copyright ©2008 - SEK.MEN.KEB SELIRIK | Peti Surat 97 Jalan Selirik , 96800 Kapit , Sarawak.|Tel: 084-796233 Fax: 084-796634